Friday, 29 January 2016

Apam polka dot mudah



Resepi :

  • 3/4 gula
  • 3/4 susu segar
  • 2 biji telur
  • 1 sudu ovellete
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 cawan tepung
  • Serbuk penaik & bika bornat
  • Pewarna merah/biru/ungu
  • Perisa kaya/nuttela/strawberry
Cara-cara:
1. Pukul telur dengan gula hingga kembang.
2. Masukan susu ke dalam dan esen vanila hingga sebati.
3. Masuk tepung yang telah di ayak dengan serbuk penaik & bikabornat
4. Putar hingga sebati dan kental
5.  Panas kan pengukus & balut penutup dengan kain
6. Bahagi beberapa adunan warna dalam piping bag
7. Masukan selapis dahulu ke dalam cup yang di sediakan, kemudian masukan kaya atau flavour yang lain, selepas itu masuk kan selapis colour yang sama di atas. Akhir sekali, guna kan piping bag bermuncung kecil untuk mebuat dot dot tersebut mengikut kreativiti.
8. Kukus selama 10-15 m.

Monday, 25 January 2016

Resepi Kuih Keria



Bahan-bahan
  • keledek 3 /5 batang atau  5 biji kentang
  • garam separuh sudu besar
  • 1 sudu gula
  • tepung gandum anggarkan dalam 3 cawan, kalau masa uli lembik tambah tepung lagi
Cara-cara 
  1. rebus keledek sehingga lembik
  2. lenyek dan sejuk kan keledek tersebut
  3. letakkan garam dan gula, gaulkan
  4. kemudian,uli dengan tepung sehingga rata, kalau still melekat kat tangan, tambah tepung dan uli okay
  5. setelah rata, ambil sedikit demi sedikit dan bentukan menjadi kuih tersebut
  6. goreng dengan api panas
  7. step 7 ini untuk gula pula, gula ni senang tapi agak cerewet, sebab apa kalau salah taktik, memang tak akan jadi. okay ni step nya : 
            i.  letak kan  gula separuh cawan ke dalam kuali
            ii. masukan sedikit air, jangan banyak2 nanti lambat gula nak likat
           iii. kena selalu kacau, sampai gula tu dah pekat
           iv. tutup api, masukkan keria tadi dan sira sehingga gula sebati dan
                berketul2 tau
            v. time sira tu, tangan jangan berhenti, kalau berhenti memang x jadi.

Friday, 22 January 2016

Murtabak mini Nadia


Bahan-bahan

  •  kulit popia
  • 5 biji kentang
  • Daging atau ayam kisar
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • Ikan bilis tumbuk 1 genggam
  • Tepung gandum 2 sudu
  • Bawang merah dan putih
  • 2 biji telur
Cara-cara

1.panaskan kuali dengan minyak
2.tumiskan bawang merah dan putih yang sudah di blend
3.masukan ikan bilis, kacau hingga naik bau
4.kemudian, masukan satu cawan air dan serbuk kari, garam dan gula
5. Masukan kan ketang yang telah di potong dadu
6. Kacau sehingga kentang menjadi empuk dan lembik.
7. Kemudian apabila sudah sejuk, bungkus inti kentang tadi untuk menjadi murtabak.
8. Telur di pukul kembang dan sapu di atas kulit popia,serta masukan inti dan lipat menjadi 4 segi.
9.goreng dengan api sederhana di atas kuali leper.

Kek Coklat Moist kukus sukatan cawan


Bahan-Bahan kek
  • 1 cawan serbuk koko/ biasanya nadia guna milo*
  • 1 cawan gula*
  • 1 cawan susu cair*
  • 1 cawan minyak masak*
  • 1 1/4 tepung gandum
  • sedikit baking powder dan soda bikabornat
  • esen vanila sedikit
  • telur 4 biji
  • coklat rice / manik
Bahan-bahan coklat cair / topping
  • serbuk koko 1 cawan
  • minyak 1 cawan / separuh buttercup
  • susu pekat setengah cawan (x nak manis)
Cara-Cara 
1.  masukkan bahan bertanda * ke dalam periuk dan kemudian buka api sederhana,larut kan bahan hingga sebati
2. kemudian, masukan telur sebiji demi sebiji sehingga habis
3.ayak tepung dan baking powder & bikabornat satu bekas yang lain
4. kemudian masuk kan tepung yang telah di ayak ke dalam periuk
5.setelah semua sebati, panas kan pengukus
6.ambil bahan tersebut dan tapis kan terlebih dahulu supaya tidak ada yang berketul2.
7.sapu bekas terlebih dahulu dengan minyak/ majerin supaya tidak melekat dan kukus selama 1 jam / sehingga masak
8.akhir sekali, campurkan bahan untuk coklat topping atas api sehingga sebati dan pekat. seterusnya tuang ke atas kek dan hias kek anda dengan coklat rice atau buah.

Thursday, 21 January 2016

Puding Oreo Milo sukatan cawan


Bahan-Bahan
  • serbuk agar-agar 4 sudu besar / 1 packet tali agar-agar
  • gula 1 cawan
  • susu cair 1 tin
  • milo 1 cawan / kalau x suka pekat,separuh pun da okay
  • air 4 cawan
  • biskut oreo 1 packet
Cara-Cara 
  1. Masukkan air ke dalam periuk bersama gula hingga larut.
  2. Setelah gula larut, masukkan susu ke dalam periuk.
  3. Selepas itu, masukkan pula serbuk agar-agar tadi dan kacau. Api kena perlahan tau dan selalu kacau, kalau tak nanti dia berketul-ketul.
  4. Setelah semua sebati dan pekat, tutup api dan masukan ke dalam acuan atau bekas.
  5. Cara penyediaan nya, bahagi kan dua bekas, 1 untuk susu 1 untuk milo, untuk milo ambil sebahagian susu yang sudah di masak tadi kemudian masuk kan serbuk milo dan kacau.
  6. Kemudian, lapis kan milo dahulu di bahagian bawah, di ikuti dengan susu serta biskut oreo dibahagian tengah dan akhir sekali milo.
  7. setiap lapisan, hendaklah di keras sedikit atau sejukan dahulu dan di loret sikit dengan garphu untuk bagi lapisan itu melekat.